Dec 21, 2009

mimpi paling radikal

semua ni berlaku waktu aku kat kolah rendah, darjah dua atau tiga, lebih kurang macam tu la. cikgu kelas aku pernah suruh tuleh sebuah karangan berkisarkan mimpi buruk kami.

sebelum tuleh karangan, macam biasalah, cikgu adakan diskusi pendek berkenaan isi² yang bakal diutarakan. aku naif sangat waktu tu, tak pandai menipu (macam lani). jadi bila cikgu tanya, "Naqiuddin, apa mimpi kamu yang paling buruk?" dengan konfidennya aku menjawab,

"Mimpi berlawan dengan anak patung, cikgu."


lebih terperinci lagi: anak patung Barbie.

tobat satu kelas gelakkan aku.

tapi aku tak tipu, memang pun tu mimpi terburuk dalam sejarah hidup aku. semua gara² pengaruh adik beradik yang begitu rakus bermain Barbie atau aku lebih suka gelar, Babi. sejak kehadiran mimpi tu, aku tak pernah suka dah kat Babi. malahan, satu masa dulu memang aku anti-Babi tahap jakun.

mimpi tu agak tak normal, tapi tak dapat dinafikan aku memang tak normal pun. dalam mimpi aku tu, manusia sedang berperang dengan Babi, dan aku merupakan salah satu agen yang ditugaskan bagi melindungi umat manusia dan menghapuskan makhluk tak guna tu.

ah, memang sesuai pun watak tu dengan aku. aku kan the choosen one.

alkisahnya bermula ketika headquarters bagi organisasi pemusnah Babi diceroboh. oleh sapa? oleh Babi la, sapa lagi. banyak agen kami terbunuh dan yang masih hidup meneruskan perjuangan mereka tanpa nafsu untuk berhenti. aku berdepan dengan satu Babi yang sangat licik dan hebat. jeneh yang boleh lekat kat dinding tu. gaduh punya gaduh, akhirnya dia lari. aku cedera ringan² ja waktu tu. tak sakit pun, geli² ja.

tekad untuk memusnahkan mana² Babi yang masih wujud, aku kejaq Babi tadi. scene pun berubah ke sebuah stadium yang dipenuhi orang, mungkin sebab waktu tu demam piala dunia.

Babi tadi langsung tak kelihatan. aku terus cari dan cari, tapi tak jumpak. aku cuba gunakan cermin mata pengesan haba aku untuk detect dia, tapi masih tak jumpak. waktu tu ada orang tengah lawan lumba lari. tak sempat mintak otograph Usain Bolt sebab tengah sibuk waktu tu.

aku berjalan melepasi sorang insan yang pakai kostum maskot. kostum beruang kalau tak silap. aku jalan tanpa sebarang syak wasangka, dan tanpa disedari, tetiba maskot tu peluk aku dari belakang. ah, sudah! mesti ada Babi dalam kostum ni yang tengah menyamaq. kenapa la aku tak terpikiaq?

aku meronta² dengan kuat. kami terjatuh ke kawasan penonton namun dakapan si maskot tadi masih lagi utuh. tersangat la kuat. aku cuba lepaskan diri daripada cengkaman si maskot, tapi tak berjaya. dan pada masa yang sama, aku ternampak Babi yang aku tengah buru tu kat depan aku sambil memegang pisau.

dem!

bijak.. depa tersangat bijak.. berjaya perangkap aku sampai sebegini rupa. aku mula cuak. peluh sejuk mula menitis. Babi tadi tersenyum, menggenggam pisau di tangan dengan erat dan meluru ke arah aku.

*swoosh!* (bunyi efek)

satu tikaman ke dada tepat ke arah jantung,


lalu aku mati.

Dec 17, 2009

1431

"Ya Allah, kupohon agar diterima segala amalanku pada tahun lepas dan berikanlah segala kebaikan kepadaku untuk tahun hadapan. Ampunilah kesalahan²ku dan kurniakanlah hidayah-Mu bagiku."

"Kurniakanlah perkara yang sama bagi ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, guru² serta kenalanku."

"Amin ya rabbal a'lamin."


azam tahun depan: nak hijrah setapak ke arah kebaikan berbanding tahun ni.

insyaAllah..




jumpak Bang Jat tokey Laicikang Jalanan (yang kat depan Mahawangsa tu) kat Nashmeer lepaih Isya tadi. sembang sat dua tiga bab. Malaysia menang wehhh, kemarau 20 tahun berakhir jua. woweee!

berapa lama Rajagobal boleh bagi tahan team bolasepak kita kali ni? ahaha.

alah, kalah selalu pun, negara kita jugak. sokong pi lah :)

Dec 16, 2009

tambun tembun

"tembun dengan ayaq klorin. balek rumah teruih demam. benci."








jangan la tengok kat situ.


silver edition kot! isy! nanak psp :(


dah nak sampai, yey, dah nak sampai, yey.


akhirnyaaaaa.


gundiks.




woi bukan muhrim oih. jangan rapat ngat.






time nak balik baru dia pasang. aram sungguh.






sama spesies.


seunit kaca mata Men in Black: 20rm
harga untuk bergaya.


sama kaler. rejekkk.


ada potensi. hahahh.


direk Keon paling bergaya. cinabeng.




ingat senang ka nak jumpak gambaq aku kat belog celaka ni? bersyukur ah.


lama² makin tak ikhlas amek gambaq.


oke bye.


mana gambaq orang mandi? yang pakai bikini suma tu ka? hahahahahah.

"nasib baik i mandi tak pakai spek. tak la bertimbun dosa i."

Dec 15, 2009

things aren't always easy.
kepada anda dan anda, bersabar ja la, oke?
yang anda sorang lagi tu, stop being so childish. jantan la sikit!


esok nak pi Tambun, wohoo! (secara teknikalnya lagi tujuh jam nak pi Tambun, but oh well). ah katil, berhentilah menggodaku, ah ahh.

Dec 13, 2009

cubaan pertama untuk menjadi jejaka sentimental

oke serius. ini entri serius. jangan gelak.

ehem.

cinta.

sejujurnya aku takut nak bercinta. bukannya disebabkan aku takut akan penolakan macam satu masa dulu. tu perkara lama, aku dah membesar.

dah jadi lumrah manusia untuk suka dicintai dan mencintai. dah jadi lumrah manusia untuk hidup berpasang. ada siang ada malamnya, ada kanan ada kirinya, ada baik ada buruknya, ada Adam ada Hawanya.

tapi untuk mencintai sesuatu yang lain selain Allah, aku rasa payah gila.

aku rasa seram gila.

Allah larang kita daripada mendekati zina, bukan sekadar berzina, tapi mendekati zina pun dah dilarang. dan zina bukanlah sekadar memasukkan zakar lelaki ke dalam faraj wanita tanpa ikatan perahwinan yang sah. zina bukan setakat beromen. masih ada zina mata, zina telinga, zina lidah, dan yang paling selalu orang buat, zina hati.

aku akui aku dah jatuh cinta. dengan Selena Gomez.

maksud aku, dengan Selena Gomez.

tak paham lagi? bodo gila.

maksudnya, aku dah jumpak Selena Gomez yang aku cari selama ni. dia tak menyanyi macam Selena sebenar. dia tak berlakon. dia bukannya selebriti. dia tak ada channel Yutiyub dengan setengah juta subscribers. tapi di mata aku dia la Selena Gomez. aku dah temui Selly aku.

Selly yang aku kenal tak cantik macam kat dalam TiVi. tapi aku meroyan tiap kali tengok dia. dia cukup indah kat mata aku. dia jaga aurat dia, dia jaga batas dia, mungkin bukan dengan cara yang terbaik tapi bukan jugak sekadar nak halai balai ja. Selly aku tak perfek. dia tak sempurna. tapi dia ada apa yang aku cari.

tapi, Selly sukakan Taylor Lutner. walaupun depa dah tinggai sejarah, tapi Selly masih sukakan Taylor meskipun katanya Taylor bencikan dia. dia selalu bagitau aku dan aku sentiasa mendengar. tapi lani Selly jarang dah cakap pasai Taylor. maybe she's over it? tah.

mungkin dia anggap aku sebagai kawan ja, tapi.. walaupun tipis, aku rasa aku macam ada harapan.

macam.

bukannya aku tak berani nak berterus-terang. aku akui aku memiliki tahap keberanian yang rendah dengan mereka yang bergelar wanita. tapi aku masih ada bebola dalam seluar aku yang menjadikan aku seorang lelaki. aku boleh habaq kalau aku mau.

cumanya, aku khawatir. adakah Selly ditakdirkan untuk aku?

diceritakan bahawa setiap kaum Hawa dijadikan daripada rusuk kiri kaum Adam. setiap lelaki sewaktu penciptaannya Allah dah keluarkan rusuk kirinya untuk dijadikan wanita yang akan menjadi pasangannya. Allah dah tetapkan jodoh setiap seseorang sebelum kita jejak kaki ke bumi lagi.

kenapa rusuk kiri? sebab nak menunjukkan yang, status seorang wanita tak boleh melebihi kepala seorang lelaki, tapi dia jugak tak boleh diletakkan serendah kaki. rusuk kiri paling dekat dengan hati. tanpa wanita orang laki akan hilang arah.

adakah Selly rusuk kiri aku?

lagipun kalau aku berterus terang, then what? kapel? pehtu? berapa lama? menurut kalkulator minda ayahanda aku, beliau anggarkan paling cepat aku boleh kawen pun dalam umoq 25 taon.

tahan ka hubungan kami 7 tahun dari sekarang?

tu kalau dapat green light, kalau dia tolak? lepeh tu, bila masing² rasa malu dah nak berhadapan dengan antara satu sama lain, macam mana? tak ka putus silaturrahim kalau macam tu?

no, aku memang jeneh macam ni. separa aneh, mungkin disebabkan aku separa alien. aku tak berani nak buat satu keputusan sebelum betoi² pasti dengan pengakhirannya. walaupun memang la hidup ni kena amek risiko, tapi aku tak ambek satu risiko selagi tak ada persediaan yang cukup.

mungkin jugak aku agak dayus. mungkin jugak aku penakut.

mungkin jugak aku terlampau sayang Selly sampai takot kot² kami tak menjadi satu hari nanti.

Allahualam. aku sendiri pun tak kenal diri sendiri sebaik Allah mengenali aku.

agak lama la jugak aku dah pendam perasaan. sebenaqnya aku dah rancang nak berterus-terang dah, tapi.. tah. ubah fikiran las minet. aku akan berterus terang jugak nanti. bila tiba masanya.

aku ada pandangan tersendiri dalam bab ni. aku muda lagi. tahun depan baru nak masuk baru 81 tahun. masih jahil, masih mentah.

dan bila difikirkan balik, aku rasa aku tak bersedia lagi.

dengan hubungan, konsistensi, tanggungjawab, semua ni. aku dah pernah berada dalam kancah ni sekali dan waktu semuanya berakhir, rasa macam langit nak runtuh ataih palaotak ja. pedih kot. hati tu macam kena toreh dengan pisau motong getah pakai sistem ibedem (tulang ikan herring).

aku takpa, sebab aku mana ada perasaan. kan aku ni pembunuh yang kejam. Selly ah. aku takmau dia rasa macam tu in case kami tak menjadi en. dia dah la fragile.

dan aku, um, *ehem* tak mau la lukakan hati dia.


ada yang kata kalau lambat nanti terlepas.

so what? kalau dah jodoh pasti takkan ke mana, kan? kenapa nak gopoh?

aku janji aku takkan lepaskan dia kalau dia sanggup tunggu aku.


"Ya Allah, sekiaranya dia ialah jodohku, maka simpanlah dia bagiku. Tapi sekiranya dia bukan milikku, maka perliharalah kami daripada hawa nafsu kami."


dan.. kalau tak dapat Selly, masih ada Jessica Alba, Megan Fox, tak pun Eva Mendes. Hayden Panettiere pun ada jugak, walaupun dia jeneh awek nakal sikit. rilek ah, bunga bukan sekuntum, kan?


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
manusia merancang dan Allah merancang, sesungguhnya Allah lah sebaik² perancang. (al-Imran: 54)


Selly, will you wait for me?

please?




jiwang? ahh! Aldof Hitler kahwin dengan Eva Braun tadak orang kecoh pun!